Tips Pilih Menu Sarapan Sihat untuk Diet Anda

9399
views
Iklan Infopelajar2u

Diet bukanlah bermaksud kita berhenti memakan karbohidrat atau makan dengan menu yang sangat sedikit.

Diet yang baik adalah dengan mengatur cara pemakanan sehingga tahu bila karbohidrat diperlukan, dan bila masanya nutrisi yang lain masuk ke dalam tubuh.

Banyak orang yang menghadapi berat badan yang berlebihan kerana memasukkan segala jenis makanan ke dalam perut tanpa tahu isi kandungan dari makanan tersebut.

Untuk anda yang ingin hidup sihat, maka diperlukan menu sarapan sihat dengan kombinasi makanan yang seimbang untuk diet.

Menu Sarapan Sihat

Menu Sarapan Sihat untuk Hidup yang Sihat dan Seimbang

Mengapa perlu sarapan? Kerana sarapan biasanya dihindari oleh orang yang sedang berdiet, sedangkan sebenarnya sarapan itu sangat penting.

Jika anda tidak sarapan, maka kecenderungan untuk makan lebih banyak pada waktu tengah hari atau petang akan semakin besar.

Dengan sarapan terlebih dahulu dapat mengurangkan makan terlalu banyak ketika di siang hari. Berikut ini adalah contoh dari menu sarapan sihat untuk diet.

Buah dan Jus

Makanan yang paling bagus pada waktu pagi adalah buah atau pun jus yang masih segar, bukan jus buah yang banyak dijual dalam botol.

Pada waktu pagi, zat gula di dalam tubuh kita berada pada tahap paling rendah sehingga dapat digantikan dengan buah atau jus.

Ingat, tidak perlu menambahkan gula atau susu pada jus anda, lebih baik minum segar kerana ianya lebih baik untuk tubuh anda.

Susun Waktu

Waktu sarapan yang paling sesuai adalah sekitar 8 atau 10 jam setelah makan malam (supper) .

Tidak perlu tepat, anda hanya perlu memperkirakannya dengan set jam di bilik anda, hal ini agar tubuh sudah boleh mencerna makanan makan malam.

Setelah menunggu 8 atau 10 jam, maka tubuh kita sudah bersedia untuk menjalankan metabolisme lagi dengan normal.

Cukupi Karbohidrat

Setelah mengonsumsi buah atau jus, anda bolehlah meneruskan makan pagi dengan glukosa dan karbohidrat yang baik.

Contohnya seperti sereal atau roti gandum dengan selai kacang. Makanan ini boleh meningkatkan kemampuan otak anda dan juga akan memberikan fungsi yang baik untuk memori.

Jika anda menghindari karbohidrat maka fokus dan fungsi otak anda akan berkurangan, dan anda akan mudah keletihan dan merasa mengantuk ketika bekerja atau melakukan aktiviti.

Pilihan untuk Sarapan

Anda boleh mengamalkan sereal dengan susu low fat untuk sarapan anda, atau untuk lebih uhmm, anda boleh memilih telur rebus yang berukuran besar atau omelet berisi tomato, keju low fat, dan juga bayam. Kesemua menu ini akan membuat anda kenyang dan akan bertahan hingga makan tengah hari.

Menu sarapan yang telah diberikan tadi termasuk dalam menu sarapan sehat dan praktis yang mengandungi banyak sekali manfaat untuk tubuh anda selama menjalankan diet.

Anda boleh mencari lebih banyak informasi untuk pelbagai jenis menu untuk sarapan. Menu sarapan sehat pada asalnya sudah mengandungi karbohidrat, protein, sayur, dan juga vitamin dan mineral sehingga tubuh mendapatkan nutrisi yang seimbang.