4 Tips Menjaga Kesihatan Mata

7578
views
Iklan Infopelajar2u

Mata merupakan organ yang telah terbentuk untuk mengesan cahaya. Fungsi yang paling ringkas mengesan sama ada keadaan sekeliling terang atau gelap. Mata yang lebih rumit berfungsi untuk memberikan deria penglihatan.

Oleh itu sangat penting untuk kita menjaga kesihatan mata agar terhindar dari pelbagai jenis penyakit mata. Menjaga mata dengan baik adalah salah satu cara kita mensyukuri nikmat yang diberikan.

TIPS PENJAGAAN MATA

Faktor Yang Menyebabkan Kerosakan Mata

1. Merokok

Rokok mengandungi bahan kimia atau toksik yang tinggi. Ia mampu merosakkan sensitiviti pada retina dan menyebabkan sel-sel pada retina mati. Hal ini akan menyebabkan kerosakan mata.

2. Sinaran Matahari

Sinaran ultra violet dari cahaya matahari amat merbahaya kepada mata. Sinarannya yang menyengat mampu membakar kornea, merosakkan lensa mata dan retina.Selain itu, dedahan berlebihan kepada sinaran UV mampu meningkatkan risiko katarak.

3. Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah yang tinggi mampu merosakkan pembuluh darah pada retina iaitu kawasan belakang mata yang berfungsi untuk memfokuskan gambar. Penyakit mata akibat tekanan darah tinggi ini dikenali sebagai Retinopati Hipertensi.

4. Kencing manis atau diabetis

Pesakit diabetis mempunyai risiko mengalami masalah penglihatan yang dikenali sebagai glukoma. Keadaan ini juga disebut sebagai retinopati diabetis iaitu berlaku kerosakan teruk pada retina. Glukoma merupakan faktor utama menyebabkan penglihatan menjadi kabur atau buta.

5. Diet yang tidak sihat

Pengambilan makanan segera bukan mampu membawa risiko kerosakan mata, malah mampu menjejaskan kesihatan tubuh keseluruhannya. Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan buta, rabun malam dan mata mongering. Selain itu, kekurangan vitamin B12 juga menyebabkan penglihatan menjadi kabur.

6. Penggunaan Komputer

Penggunaan computer yang terlalu lama sebenarnya membuatkan urat mata menjadi tegang, keletihan, iritasi dan kurang kepekaan kepada cahaya. Tekanan berlebihan membuatkan otot-otot sekitar mata juga menjadi rosak.

Baca Juga : Cara Buat To-Do-List Yang Efektif

Tips Penjagaan Mata

Setelah mengetahui punca-punca yang menyebabkan kerosakan mata, perlulah kita tahu langkah penjagaan seterusnya selain dari mengelak perkara-perkara di atas.

Antara tips yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan mata agar sentiasa nampak cantik dan bercahaya ialah:

1. Setiap kali mandi atau berwudhu, pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ini, tetapi setelah mengamalkannya beberapa lama, setakat ini mata tidak mudah rabun (melainkan berpenyakit),  biarpun berjam-jam di depan komputer.

2. Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dengan kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas itu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali.

3. Amalkan senaman untuk mata anda.

Caranya:

  1. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yang lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya. Selepas itu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali.
  2. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.
  3. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dan sebagainya. Sesungguhnya warna hijau itu menenangkan dan merehatkan mata anda.

4. Amalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin A & C – susu, sayur (terutama carrot dan broccoli) dan buah-buahan (terutama aprikot dan anggur) dan sebagainya.

Baca Juga : Hanya Diet Air Kosong Dan Pisang Dapat Hilangkan 18Kg

Makanan Yang Terbaik Untuk kesihatan Mata

Menjaga mata dapat dilakukan dengan pelbagai cara yang mudah termasuklah menjaga pemakanan. Beberapa makanan berikut dapat membantu menjaga kesihatan mata secara umum disamping melindungi mata dari pelbagai masalah kesihatan mata seperti katarak, rabun, glukoma dan sebagainya. Antaranya ialah :

  • Ikan Salmon – Kaya dengan asid lemak omega 3 yangh mampu memelihata kesihatan badan keseluruhannya termasuk mata. Selain itu salmon juga mengandungi asid folik, vitamin A, vitamin D, vitamin B6 dan vitamin B12
  • Brokoli – Mengandungi tinggi kalsium, vitamin C, lutein, zeaxanthin dan sulforaphane.
  • Bayam – Kaya dengan vitamin A yang sangat bagus untuk kesihatan mata.
  • Kobis – Kobis juga mengandungi vitamin A, lutein, dan zeaxanthin
  • Tomato – Mengandungi vitamin C dan lycopene yang tinggi dan sangat penting untuk kesihatan mata.
  • Telur – Mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan mata seperti vitamin A, zinc, lutein, lecithin, vitamin B12, Vitamin D dan juga cysteine.
  • Bawang Putih – Mengandungi selenium, vitamin C dan guercetin yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh keseluruhannya.
  • Lobak – Seperti yang kita sedia maklum, lobak sangat kaya dengan vitamin A dan beta carotene yang baik unutk kesihatan mata.
  • Biji Bunga Matahari – Mengandungi tinggi kandungan selenium dan mampu mencegah kataraks dan gangguan lain pada mata.
  • Ubi Keledek – Salah satu makanan yang mengandungi sumber vitamin C serta beta karoten. Kedua kandungan zat dari ubi keledek tersebut sangat baik untuk kesihatan organ penglihatan anda.

Kesimpulan

Sayangi mata anda dan lakukan yang terbaik untuk memelihara kesihatannya. Untuk maklumat lanjut dan khidmat nasihat, hubungi doktor yang bertauliah dan berpengalaman.

Harap artikel ini membantu anda. Sekiranya anda mempunyai tips dan cadangan tambahan pada artikel ini, sila hubungi kami di infopelajar2u@gmail.com

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter