4 Sebab Perlu Menyambung Master Selepas Tamat Degree

1635
views

Mengapa perlu sambung master?” Soalan yang sering ditanyakan oleh pelajar sesudah menghabiskan pelajaran diperingkat degree. Adakah master itu penting untuk mencapai cita-cita kita?

Untuk itu, entri kali ini menceritakan tentang sebab-sebab mengapa kita perlu menyambung pelajaran diperingkat master.

1. Pelaburan dimasa hadapan.

Walaupun kita belum lagi memikirkan apa yang kita akan lakukan dimasa hadapan, selepas kita menyambung pelajaran diperingkat master, kita akan nampak satu hala tuju yang kita akan capai selepas kita menghabiskan pelajaran kelak. Pelajaran peringkat master ini membantu kita didalam memberi jalan untuk mencapai sesuatu dimasa hadapan.

2. Menjadi pilihan utama didalam industri.

Semakin hari semakin banyak universiti awam dan swasta samada didalam mahupun luar negara melahirkan graduan-graduan diperingkat ijazah muda. Hari ini saingan sangat sengit.

Jadi, untuk mempromosikan diri kita supaya syarikat-syarikat dari industri yang kita minati untuk mengambil kita bekerja, kita perlu mempuyai sesuatu yang tidak atau jarang dimiliki oleh graduan lain.

Salah satunya ialah mempunyai master. Bukan semua graduan mahu menyambung pelajaran diperingkat master. Jadi kita perlu merebut peluang ini.

3. Menyumbang ilmu pengetahuan kepada dunia

Jika anda mempunyai minat untuk menyumbang ilmu kepada didunia, anda perlu mahir didalam ilmu yang anda minat. Degree memberi peluang untuk kita mengetahui ilmu didalam bidang yang kita minati, master memberi peluang untuk kita menyumbang ilmu didalam bidang yang kita minati.

4. Pendapatan lebih tinggi

Dengan peningkatan perbelanjaan harian dari hari ke hari memberi tekanan kepada kita semua. Harga barangan harian semakin meningkat dek kerana ekonomi yang berkembang pesat. Selaras dengan itu, kita juga haruslah memajukan diri kita. Jangan hanya berada ditakuk yang lama. Belajar diperingkat master memberi kita peluang untuk mendapat pekerjaan yang memberi pendapatan yang tinggi.

Diharapkan entri kali ini dpat membakar semangat kita untuk meyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi lagi. Jadi tunggu apa lagi, kepada pemegang ijazah sarjana muda, mari kita bersama-sama menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Sumber : PascaSiswazah.com

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter