4 Perkara Penting Perlu Ada Dalam Diari Kewangan Graduan

279
views

Saban hari kita mendengar dari pihak tertentu mengenai ekonomi Malaysia yang sedang tenat. Tetapi sedar atau tidak, sewaktu ekonomi tengah baik, adakah ekonomi poket kita baik? Atau masih di takuk yang sama. Yang pasti jika ekonomi tak baik, ekonomi poket kita tidak juga baik.

Jadi sudahkah anda mempunyai Diari Kewangan sendiri? Tujuan Diari Kewangan ini adalah untuk merekod semua transaksi duit keluar dan masuk.

Setiap perbelanjaan mestilah direkodkan bagi memastikan duit digunakan untuk tujuan yang bermanfaat. Bagi anda yang baru nak mulakan Diari Kewangan sendiri, anda boleh cuba dengan memastikan empat perkara berikut ada dalam diari anda.

1) Duit Masuk : Gaji, Pendapatan & Bisnes

Perkara wajib perlu ada dalam Diari Kewangan adalah jumlah duit masuk iaitu dari gaji atau pendapatan anda.

Jumlahkan semua duit masuk sama ada gaji tetap atau pendapatan tambahan dari bisnes.

2) Rancang : Bajet

Selepas tahu berapa jumlah duit yang masuk, tugas anda adalah membuat satu bajet dari jumlah tersebut.

Rancang dengan baik bagi memastikan duit tersebut digunakan untuk perkara yang bermanfaat.

Bajet tersebut boleh letakkan perbelanjaan untuk makan, minum, bil utiliti, simpanan, pelaburan, perlindungan, ansuran hutang dan lain-lain lagi.

3) Duit Keluar : Simpanan & Pelaburan

Perkara paling penting adalah mengasingkan siap-siap untuk bahagian simpanan setiap bulan.Simpan dan labur dahulu, baru berbelanja.Simpanan dan pelaburan yang baik adalah kecil tetapi konsisten setiap bulan.

5) Duit Keluar : Perbelanjaan Harian

Melalui bajet yang telah dibuat, anda perlu bahagikan duit keluar kepada dua bahagian iaitu:

a) Perbelanjaan tetap

Contohnya adalah seperti ansuran kereta, rumah sewa,

b) Perbelanjaan tidak tetap

Contohnya adalah makan dan minum setiap hari. Ini perkara yang paling banyak anda perlu rekod dalam Diari Kewangan anda.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter