4 Nov Sambut Hari Keputeraan Sultan Perak

918
views
Iklan Infopelajar2u

Hari Keputeraan Sultan Perak

IPOH:Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan mengumumkan bahawa hari Keputeraan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah tahun ini bakal disambut pada 4 Nov depan.

Beliau menjelaskan, Sultan Nazrin semasa Majlis Mesyuarat Dewan Negara Perak kali Ke-164 pada 20 Nov tahun lalu bertitah agar tarikh perayaan ulang tahun baginda mulai tahun ini hendaklah diraikan pada Jumaat minggu pertama setiap bulan November.

“Perkara ini telah diambil tindakan semasa pewartaan Hari-Hari Kelepasan Am Negeri Perak bagi tahun 2016 melalui pemberitahuan Warta Kerajaan Nombor 3653 bertarikh 31 Dis 2015,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan berikutan timbul kekeliruan dalam kalangan orang ramai memandangkan terdapat kalendar yang meletakkan 27 Nov sebagai cuti umum sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak.

cv2pcgnvyaag4yx