3A, 3B Adalah Syarat Minimum Masuk SBP

6402
views

Menurut akhbar berita harian bertarikh 18 Nov, Kementerian Pendidikan menetapkan syarat baru kemasukan pelajar ke tingkatan satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kepada 3A dan 3B dalam ujian UPSR pada tahun depan.

Ketua Pengarah, Tan Sri Dr. Khair Mohamed Yusof berkata, perubahan syarat itu dibuat berdasarkan pelaksanaan kurikulum dan format peperiksaan baharu bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016.

Bagaimanapun, kedudukan pemilihan dan penetapan murid di SBP tidak bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata kerana kita juga akan mengambil kira skor merit akademik serta Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Malah, pentaksiran sekolah dan pentaksiran psikometrik juga akan dijadikan sebagai rujukan utama dalam saringan pemilihan murid ke SBP,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Pendidikan dan Microsoft Malaysia (Microsoft), di sini hari ini.

Syarat Kemasukan SBP Terkini Untuk UPSR 2016

Disebabkan ramai ibu bapa dan murid-murid yang tidak mendapat keputusan 6A UPSR risau bahawa peluang mereka untuk ke Sekolah Berasrama Penuh tertutup, tetapi sebenarnya kriteria untuk masuk ke SPB tidak hanya diukur pada pencapaian akademik semata-mata.

Terdapat banyak kriteria lain yang diambil perhatian oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memilih murid atau pelajar ke tingkatan satu SBP seluruh Malaysia.

Calon UPSR 2016 perlu mendapat sekurang-kurang 3A 3B untuk masuk ke tingkatan satu SBP 2017. Dan mereka perlu menepati merit yang berdasarkan pencapaian lain murid tersebut semasa di sekolah rendah. Merit ini akan dikira bersandarkan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) murid tersebut.

syarat-kriteris-pemilihan-murid-masuk-tingkatan-1-sbp-2017