Lakukan Perkara Ini Supaya Anda Tidak Mudah Berputus Asa

7506
views
Iklan Infopelajar2u

Jika anda sedang menghadapi masalah dan tidak ingin berputus asa, anda sedang mengikuti jalan yang betul!

Anda mungkin sudah jemu dengan kata-kata orang “whatever kills you makes you stronger” dan ingin mengetahui bagaimana untuk kekal positif dan meneruskannya sehingga mencapai kejayaan.

Pertama sekali, anda perlu bangga bahawa anda masih lagi mencuba dan tidak mudah menyerah kalah. Kemudian, anda perlu membina satu set minda yang akan memberikan jaminan kejayaan kepada anda, sekiranya terus berusaha.

Panduan Untuk Tidak Berputus Asa

Dalam usaha tidak berputus asa, ia mesti bermula dengan minda yang tidak mudah mengaku kalah.

1. Bina Sikap Positif

Walaupun anda mungkin merasakan ianya agar mustahil untuk menjadi positif, dengan semua usaha dan tenaga yang anda curahkan selama ini namun tiada hasil. Anda perlu kekal optimistik sepanjang usaha anda dan jangan sesekali berputus asa.

Dengan kekal berfikiran positif, anda akan melihat semua perkara dengan persepsi yang baik. Ia pasti akan memberikan kesan yang positif kepada sikap dan prestasi anda.

Betul. Berfikiran positif memudahkan anda menghadapi cabaran pada masa hadapan. Jika anda sering melihat kepada kegagalan dan kekalahan, anda pastikan akan menghampiri kegagalan.

Jika anda rasa anda sedang menghadapi masalah dan merungut, cuba tukarkan perasaan itu kepada yang positif, banyakkan bersabar dan tenangkan diri bahawa setiap sesuatu perkara mesti ada jalan penyelesaiannya.

Salah satu cara untuk memudahkan proses ini adalah kerapkan berdamping dengan orang berjaya. Jika anda sering berkawan dengan orang selalu berfikiran negatif dan tidak memberansangkan, maka anda akan merasakan agak sukar untuk keluar dari skop pemikiran seperti mereka.

2. Belajar Untuk Berubah

Jika anda mahu membina pemikiran yang baik untuk tidak mudah mengaku kalah, maka anda perlu mengerti maksud “berubah“. Setiap kegagalan mesti ada sebabnya, dan anda perlu berubah agar kegagalan ataupun kesilapan itu tidak berulang lagi. Semuanya bermula dengan anda!

Cuba lihat peluang-peluang untuk mempelajari sesuatu yang baharu, berkenalan dengan orang lain dan menjadi orang yang lebih baik.

3. Belajar Dari Kesilapan

Tiada orang yang akan terlepas daripada melakukan kesilapan sepanjang hidup mereka. Apa yang membezakan orang yang gagal dan berjaya adalah cara mereka menghadapi masalah dan kesilapan mereka.

Orang yang gagal akan melihat kesilapan mereka sebagai satu petanda untuk berhenti. Manakala orang yang berjaya akan melihat kesilapan mereka sebagai satu petanda untuk memperbaiki diri.

Anda mungkin akan merasakan sesuatu yang sangat malu pada kesilapan yang pertama, namun tidak bermakna hidup anda sudah berakhir. Kenal pasti punca kesilapan tersebut dan memperbaikinya.

4. Ketahui Adanya Peluang Kejayaan

Jika anda berusaha tanpa mengaku kalah ataupun berputus asa, maka anda mempunyai mentaliti dan peluang yang lebih cerah untuk berjaya pada masa hadapan.

Tekankan prestasi pada masa sekarang adalah penting, pada masa yang sama rangkakan masa hadapan anda. Walaupun anda tidak dapat apa yang inginkan, ketahuilah rezeki di mana-mana dan anda hanya perlu mencuba untuk mendapatkannya.

5. Luaskan Pengetahuan

Pengetahuan sangat bermakna dalam hidup, termasuklah dalam mengatasi perasaan untuk berputus asa. Anda perlu meneruskan amalan menuntut ilmu walaupun anda sedang bekerja, dan sudah tidak lagi dalam alam “pelajar”.

Belajarlah erti hidup dan memperdalamkan pengetahuan agama boleh memberikan erti yang berguna kepada anda sepanjang hayat. Namun, tidak kiralah apa yang anda pelajari melalui pembacaan, menontot ataupun mendengar ia pasti akan memberikan manfaat nanti dalam hidup anda.

Walaupun tidak berkaitan, anda boleh dapatkan iktibar daripada mesej yang disampaikan dan melihatnya dari sudut pandangan yang berlainan.

6. Banyakkan Bersabar

Perkara yang baik hanya akan datang kepada orang yang bersabar dan teruskan usaha. Antara sebab anda rasa ingin berputus asa adalah anda inginkan sesuatu dalam jangka masa yang singkat.

Namun, kejayaan tidak datang bergolek macam itu sahaja. Ia perlukan ketekunan dan usaha yang banyak untuk mendapatkan sesuatu. Dan perlu sedar bahawa rezeki setiap orang berbeza, mungkin anda sudah mencuba sebanyak 20 kali namun tiada hasil, bahkan kawan anda hanya mencuba 5 kali sudah mendapat hasil yang membanggakan.

Apa yang anda perlu lakukan adalah tidak mudah berputus asa dan teruskan usaha anda agar dapat dicapai pada masa hadapan. Jangan biarkan faktor luaran mengganggu tumpuan anda.

7. Jadikan Kegagalan Satu Cabaran

Mungkin anda pernah dengar kata-kata “Whatever doesn’t kill you makes you stronger” (apa yang tidak membunuh anda membuatkan anda bertambah kuat).

Jadikan sesuatu kegagalan anda itu sebagai satu cabaran untuk terus maju kehadapan. Anda perlu terima sesuatu kekalahan dan mengambil iktibar daripadanya.

Jangan biarkan perasaan gagal bertapak lama-lama di dalam pemikiran anda. Jangan terlalu banyak fikirkan akan kegagalan/masalah, sebaliknya adalah berfikir akan bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut.

Dengan hanya berfikir akan masalah tidak akan mendatangkan sebarang manfaat, malah boleh mengurangkan daya keyakinan diri anda.

Anda perlu terima sebarang kegagalan itu sebagai satu ujian Tuhan.

8. Jangan Biarkan Kegagalan Menentukan Masa Depan

Mungkin anda akan merasakan sesuatu kegagalan yang sama berulang-ulang banyak kali mementukan bahawa anda tiada masa hadapan dalam bidang tersebut.

Namun, anda perlu ingat bahawa orang yang berjaya tidak bermula dengan kejayaan. Mereka terpakse merempuh pelbagai cabaran dan kegagalan bertubi-tubi.

Jika mereka berputus asa pada masa itu, anda mungkin tidak dapat merasakan KFC dan membaca novel Harry Potter – Colonel Sander dan J.K Rowling mengalami kegagalan yang banyak sebelum produk mereka mendapat perhatian orang ramai.

Kesimpulan

Tiada orang yang baru lahir terus naik menjadi CEO syarikat. Mereka semua berusaha dengan tekun untuk mencapai apa yang diidamkan.

Kejayaan akan datang setimpal dengan kadar usaha yang anda curahkan. Kalau anda tidak berusaha, anda akan mendapat setimpal dengannya. Dan jika anda berusaha dengan keras, korbankan banyak masa dan tenaga untuknya, maka anda akan mendapat kejayaan yang memuaskan.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter