11 Universiti Yang Terlibat Dengan Penangguhan Bayaran PTPTN

2263
views
Iklan Infopelajar2u

Pelajar di beberapa universiti tempatan mungkin terpaksa ‘berputih mata’ dan meneruskan penantian pembayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga bulan hadapan.

Ini kerana menurut pihak PTPTN, pembayaran pinjaman terpaksa ditangguhkan berikutan maklumat pengesahan status pengajian pelajar daripada universiti awam yang terlibat masih belum diterima oleh pihaknya.

Senarai Universiti Yang Terlibat

Antara universiti terlibat yang ditangguhkan pembayaran termasuk:

  1. Universiti Sains Malaysia (USM);
  2. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM);
  3. Universiti Putra Malaysia (UPM) – Serdang;
  4. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – Space;
  5. Universiti Malaysia Sabah (UMS);
  6. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS);
  7. Universiti Malaysia Kelantan (UMK);
  8. Universiti Malaysia Terengganu (UMT);
  9. Universiti Malaysia Pahang (UMP);
  10. Universiti Teknikal Melaka (UTEM); dan
  11. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Pihaknya bagaimanapun menjangkakan akan menerima maklumat penuh pada minggu ketiga bulan ini.

“Bayaran akan dikreditkan ke akaun pelajar antara 7 Mac hingga 10 Mac depan,” kata pihak PTPTN menerusi kenyataan, hari ini.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter