10 Jenis Sakit Kepala yang Harus Anda Ketahui

769
views

Anda mungkin pernah merasa ‘pening’ kerana terlalu banyak pekerjaan atau masalah. Namun, perkataan ‘pening’ tersebut sebenarnya hanya sebagai kiasan betapa menjengkelnya pekerjaan tersebut sehinggakan anda perlu terlalu berfikir.

Ketika anda benar-benar merasa sakit kepala, berkemungkinan sakit kepala yang anda rasakan tersebut akan benar-benar mengganggu aktiviti anda seharian.

Baca Juga : Doa Untuk Tenangkan Diri Daripada Tekanan

Beberapa sakit kepala akan disertai dengan mual dan lebih parah lagi, kadang-kadang jika terdedah kepada cahaya atau bunyi bising yang berlebihan ketika sedang sakit kepala akan memburukkan lagi sakit kepala yang anda rasakan.

Setiap jenis pening kepala yang anda alami ada kesannya tersendiri. Daripada sakit dikepala boleh memberi kesan terhadap tubuh badan lain. Jangan pandang remeh tau!

10 Jenis Sakit Kepala

Berikut ini adalah jenis-jenis sakit kepala yang mungkin anda alami.

Allergies / Alahan

Alahan adalah punca utama sakit kepala, ia kerana disebabkan penyumbatan sinus dan tekanan di kepala.

Sakit kepala alahan ini biasanya akan bermula dengan munculnya rasa sakit kepala disertai hidung gatal, mata berair dan kerongkongan sakit. Jika anda mengalami alahan bermusim, anda mungkin akan mengalami pening kepala.

Sinus

Salah satu jenis sakit kepala bermusim. Mengapa demikian? Bila anda mempunyai masalah sinus, anda akan mengalami sakit kepala kerana sinus tersebut akan datang ketika cuaca sejuk. Tak hanya sakit kepala, biasanya sinus juga diikuti dengan sedikit bengkak di wajah, dan mata berair.

Sakit kepala ini biasanya dirasai di dahi, sekitar mata, dan di pipi. Jika tidak memberi sebarang kesan selepas pengambilan ubat-ubatan ini, berbincang dengan doktor untuk memastikan tidak ada isu dalaman seperti penyelewengan septum.

Anxiety

Jika korang tertekan, korang mungkin merasa sakit seluruh dahi. Pening ini biasanya datang semasa anda rasa tertekan dan kebimbangan, seperti bekerja terlalu keras atau sedang melalui masa yang emosional.

Pengurusan tekanan adalah cara terbaik untuk mencegah pening ini. Tidur yang cukup adalah penting dalam menenangkan diri.

Cluster

Kesakitan pening Cluster ini biasanya dapat dirasai di sekitar mata. Ia boleh menyebabkan mata berair dan juga boleh menyebabkan hidung tersumbat. Serangan Cluster selalunya berlaku dalam kalangan lelaki berbanding wanita.

Sakit kepala ini biasanya menyerang pada satu titik seperti dibalik salah satu mata serta berlangsung dalam beberapa jam, hari, dan bulan. Tidak ada sebab yang sebenar diketahui, ia mungkin genetik, alkohol dan merokok.

Caffeine Withdrawal

Beberapa dari anda mungkin pernah merasakan sakit kepala kerana terlalu banyak mengambil kafein dalam secawan kopi. Ini adalah tanda yang andadiserang Caffeine Withdrawal ataupun lebih dikenali sebagai ‘mabuk kopi’

Sakit kepala akan rasa berdenyut disebabkan saluran darah yang telah dipenuhi oleh kafein. Cara terbaik untuk menghentikannya ini adalah mengurangkan pengambilan kafein. Dalam kes-kes yang teruk,korang kena berhenti terus.

Baca : Anda Penggemar Kopi? Ketahui 10 Khasiat Kopi Ini

Migrain

Migrain biasanya penyakit turun temurun daripada keluarga. Kesakitan selalunya dirasai di sebelah kepala sahaja. Sakit kepala ini biasanya jauh lebih sakit dibandingkan dengan jenis sakit kepala lain serta berlangsung lebih lama.

Sesetengah orang mengalami loya, muntah dan sensitif kepada cahaya dan / atau bunyi. Migrain biasanya dirawat dengan ubat-ubatan, dan biofeedback.

Tension

Pening jenis ini adalah jenis yang paling biasa dan dirasai di bahagian kanan atau kiri kepala, belakang kepala, dan ke bawah leher. Biasanya boleh dikurangkan dengan aspirin atau lain-lain ubat penahan sakit.

Sakit kepala ini terjadi kerana adanya ketegangan antara otot-otot di daerah kepala dan leher. Biasanya terjadi sebagai respon akibat adanya stress, beban fikiran dan keletihan, juga boleh disebabkan oleh kedua-dua tekanan fizikal dan emosi.

Baca : Amalkan 8 Perkara Ini Untuk Mengurus Stress Anda

Temporomandibular Joint (TMJ)

Berpunca daripada pengecutan otot di dalam temples dan rahang, dan juga boleh datang dengan bunyi klik pedih di bahagian kanan dan kiri kepada apabila rahang bergerak.Ia biasanya disebabkan oleh rahang berada di luar jajaran yang menjadi punca ketegangan.

Digestive Issues

Sakit kepala yang datang pada ketika mengalami sakit perut mungkin disebabkan oleh sesuatu yang korang makan. Jenis ini juga boleh disebabkan oleh alahan makanan dan sensitiviti, dan juga untuk bahan tambahan.

Kelaparan juga boleh menyebabkan sakit kepala. So Jangan tahan lapar! Jika korang rasai ini dengan kerap, dapatkan bantuan pakar pemakanan, nilai semula diet korang

Giant Cell Arteritis

Jenis ini adalah radang pada lapisan dalam arteri, dan biasanya dijumpai di dalam arteri di kepala, biasanya sekitar temples yang menyebabkan sakit kepala dan kulit kepala menjadi kelembutan, sakit rahang dan masalah penglihatan.

Tanpa rawatan, ia juga boleh menyebabkan kehilangan penglihatan dan peningkatan risiko strok.

Kesimpulan

Itulah 10 jenis sakit kepala yang sering dialami oleh ramai orang. Jadi sakit kepala apa yang mana anda biasanya alami?

Ada baiknya sebelum anda berjumpa dengan doktor anda sudah mengetahui lebih terperinci tentang penyebab sakit kepala anda untuk mendapatkan treatment yang lebih tepat.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter